Thursday, April 17, 2008

Jumpa Doktor Lagi

hmm.. hari ni 17 April 2008 , aku pergi untuk 2nd appointment bagi bulan ni, kali ni dengan Klinik Psakaitri , jumpa doktor..apa nama tah aku pun tak ingat , perempuan..baik orang nya, aku luahkan masalah sakit aku pada doktor...aku kata aku tak happy..tambahan pula aku ada sakit lain lain (Diabetes dan Hypertension) , then doktor tanya aku ..."ada buat exercise tak?"..aku cakap "tak"

Last aku buat exercise kalau tak silap tahun lepas, main Futsal untuk pertandingan budak budak office aku...itu last sekali aku exercise rasanya..Tahun ni aku ada main Wood Ball ..tapi aku tak rasa main wood ball tu exercise sebab tak berpeluh pun...macam orang dungu jer main Wood Ball ni ehehe..tak berapa minat pun main Wood Ball , office mate ajak and since itu adalah tournament untuk para pegawai office aku , aku pun turut serta main.... tension jangan cakap laaa ...sebab tak minat dan macam orang bodoh jer main Wood Ball ni eheheh

Then lepas aku cakap pada doktor aku tak der buat exercise, doktor sarankan aku buat exercise 2 kali seminggu , 30 minit satu sesi ..tak lama..Bila kita buat exercise , badan kita akan increase satu bahan kimia yang akan buat kita rasa happy..itu pesan doktor pada aku. Doktor dah lama suruh aku buat exercise tambahan pula aku ada Diabetes dan Hypertension.Aku jer yang tak buat, tambahan pula aku ni agak bzzz... pukul 6 pm paling awal baru balik orfice , ada masa malam baru balik, sabtu ahad pun kena datang office buat kejer...

Lepas jumpa doktor aku request for Medical Leave , dan doktor kasi...., then terus ke office untuk serahkan M.C kepada kerani office. Lepas ke office aku terus balik rumah....tidur...petang bangkit dalam 6.15 pm aku bersiap-siap untuk jogging, start kereta pergi ke office aku balik untuk jogging. Area office aku memang biasa orang gunakan untuk jogging sebab tempatnya hijau dan menyegarkan mata memandang.Lepas jogging dalam 30 minit aku pun balik semula ke rumah , sampai dekat pukul 8.00 pm , mandi dan terus solat maghrib.Lepak-lepak kejap...aku pun check blood pressure aku , wow ...very impress...blood pressure aku dah jadi normal , happy nya... baru semalam doktor increase ubat hypertension aku....tapi aku tak makan lagi...just makan dos lama. Kalau macam ni ...kena amalkan berjogging petang-petang, bagus ni fikir aku.Then aku call wife aku, ajak dia jogging lak sabtu ni, dia dengan happynya bersetuju.

Wednesday, April 16, 2008

Luahan hati seorang pesakit

Hari ini , 16 April 2008 , aku seperti 3 bulan sebelumnya hadir ke klinik diabetik di perkampungan aku untuk berjumpa dengan doktor , Doktor Ardilla namanya ,manis orangnya..single lagi..aku buat ujian tekanan darah dan ujian gula dalam darah. Hmmm... tekanan darah aku naik lagi..130/100, doktor tambah dos ke 20 mg enalapril ( sebelum ni 10 mg jer), gula pula naik sedikit 9.8 mmg/hl ( suppose to be below 8.0 mmg/hl after meal)..doktor just suruh control makan..dan terus maintain ubat sebelum ni.

Aku sedih ... dalam usia yang sebegini muda aku dah kena penyakit yang di katergorikan sebagai penyakit kronik (uncurable). Adapun diabetes dan High blood ni hanya boleh dikawal , tapi tidak boleh disembuhkan.Terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hidup aku (begitu lah kata doktor).

Seperti biasa , aku rasa serabut dan tertekan dengan beban kerja yang tak pernah habis-habis diselang seli dengan stress dan masalah pening/sakit kepala( akibat kandungan gula dalam darah yang tak stabil) dan tekanan darah yang turun naik menyebabkan tengkuk aku sering sakit-sakit.

Rasa kecewa tu memang ada , tapi bila teringatkan nurul, isteri aku yang baik, taat...penyayang...rasa kecewa itu dapat aku sembunyikan. Melihat sahaja gelagat beliau dengan perangainya yang keanak-anakan tu membuat aku tersenyum riang

Kadang-kadang aku terfikir , sampai bila aku akan menderita begini sehingga keadaan akan menjadi semakin teruk dan teruk sehinggalah nyawa bercerai dari badan. Adakah aku akan terdampar lesu/lumpuh dahulu disisi isteriku yang tersayang sebelum menanti saat saat akhir hayatku seperti yang sedang terjadi kepada ayahku? ( ayahku juga seorang pesakit diabetes + High blood pressure + Jantung yang kronik, kini lumpuh paras pinggang)

Betapa hidup ini ku rasa kan semacam tidak bererti lagi....

esok 17 April 2008 , aku akan ke hospital pula untuk rawatan lanjutan penyakit aku yang seterusnya ..Schizophrenia.