Wednesday, April 16, 2008

Luahan hati seorang pesakit

Hari ini , 16 April 2008 , aku seperti 3 bulan sebelumnya hadir ke klinik diabetik di perkampungan aku untuk berjumpa dengan doktor , Doktor Ardilla namanya ,manis orangnya..single lagi..aku buat ujian tekanan darah dan ujian gula dalam darah. Hmmm... tekanan darah aku naik lagi..130/100, doktor tambah dos ke 20 mg enalapril ( sebelum ni 10 mg jer), gula pula naik sedikit 9.8 mmg/hl ( suppose to be below 8.0 mmg/hl after meal)..doktor just suruh control makan..dan terus maintain ubat sebelum ni.

Aku sedih ... dalam usia yang sebegini muda aku dah kena penyakit yang di katergorikan sebagai penyakit kronik (uncurable). Adapun diabetes dan High blood ni hanya boleh dikawal , tapi tidak boleh disembuhkan.Terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan sepanjang hidup aku (begitu lah kata doktor).

Seperti biasa , aku rasa serabut dan tertekan dengan beban kerja yang tak pernah habis-habis diselang seli dengan stress dan masalah pening/sakit kepala( akibat kandungan gula dalam darah yang tak stabil) dan tekanan darah yang turun naik menyebabkan tengkuk aku sering sakit-sakit.

Rasa kecewa tu memang ada , tapi bila teringatkan nurul, isteri aku yang baik, taat...penyayang...rasa kecewa itu dapat aku sembunyikan. Melihat sahaja gelagat beliau dengan perangainya yang keanak-anakan tu membuat aku tersenyum riang

Kadang-kadang aku terfikir , sampai bila aku akan menderita begini sehingga keadaan akan menjadi semakin teruk dan teruk sehinggalah nyawa bercerai dari badan. Adakah aku akan terdampar lesu/lumpuh dahulu disisi isteriku yang tersayang sebelum menanti saat saat akhir hayatku seperti yang sedang terjadi kepada ayahku? ( ayahku juga seorang pesakit diabetes + High blood pressure + Jantung yang kronik, kini lumpuh paras pinggang)

Betapa hidup ini ku rasa kan semacam tidak bererti lagi....

esok 17 April 2008 , aku akan ke hospital pula untuk rawatan lanjutan penyakit aku yang seterusnya ..Schizophrenia.

No comments: