Setiap insan yang berkahwin mesti mahu dianugerahkan rahmat ini, tapi tidak semua yang kita kehendaki itu akan kita perolehi...kadang kita kena redha dan pasrah dengan ketentuan tuhan, Bersyukur dengan apa yang kita ada dan redha dengan ujian yang diberikan. Memang senang mengucapkan kata-kata, tapi bila hendak menerima hakikat umpama mengenggam bara api...
Kita tidak akan merasai sesuatu yang kita ada itu amat berharga setelah kita kehilangannya, Hargailah ia sebelum kita kehilangannya...
Banyak, ia banyak rahmat yang diberikan tuhan kepada kita, samaada kita sedar atau pun tidak.
Yang berkahwin, kadang menyesali dengan perkahwinan mereka...sedangkan kita lupa ada berapa ramai gadis dan lelaki di luar sana yang belum bertemu jodoh mereka dan masih tercari-cari sehingga ke penghujung usia.
Yang punya anak , kadang sedih dengan anak yang ada pada mereka ...sehingga ada yang sanggup mengabaikan dan membuang anak mereka..sedangkan kita lupa , ada berapa ramai pasangan berkahwin yang merintih, berdoa dan berusaha untuk rahmat ini.
Yang berkerja , sering merungut dengan pekerjaan mereka, sedangkan kita lupa ada mereka yang diluar sana yang hidupnya kais pagi makan pagi untuk sesuap nasi, hidup mereka tidak sesempurna kita.
Kadang kita terlalu menginginkan apa yang kita tidak dapat, sampai kita lupa akan perkara yang telah banyak kita dapat, telah diberikan tuhan kepada kita.
Tetapi sekiranya kita, setelah berusaha dengan gigih dan mencuba sedaya upaya, tetap tidak berjaya, tetap tidak mendapatkan apa yang kita mahu, maka redha adalah jawapan kepada Allah SWT. Begitulah juga apabila kita ditimpa kelemahan, kerosakan, bencana. Kerana akhirnya, kita sebagai hambaNya tidak mengetahui apa-apa. Allah jualah yang mengetahui apa yang baik atau buruk bagi kita.
“Diwajibkan ke atas kamu berperang dan itu bukanlah disukai kamu. Tetapi boleh jadi apa yang kamu benci itu baik buat kamu. Dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, manakala kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.
Persoalannya, adakah aku ini seorang insan yang bersyukur?“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.