Sunday, August 13, 2017

Antara Istighfar dan Tasbih

Ibnu Al-Jauzi ditanya :
Manakah yang lebih utama? Istighfar atau Bertasbih? Beliau menjawab:
Pakaian yang kotor itu lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi. Istighfar itu ibarat sabun manakala tasbih umpama minyak wangi. Hati kita yang kotor ini lebih memerlukan sabun daripada minyak wangi . Maka mari kita bersihkan hati kita dengan ISTIGHFAR dan kita wangikannya dengan TASBIH...
Semoga Dapat kita amalkan, kita sampaikan dan kita ambil ikhtibar.

Sunday, April 9, 2017

War No More...


HADIS AKHIR ZAMAN


Pendusta Dan Pengkhianat
Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan. Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan dusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berkesempatan berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang kerdil, hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

Kefasikan Berleluasa
Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

Penindasan Terhadap Umat Islam
Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

Wednesday, March 22, 2017

It's My Life

Bagi aku, dalam kehidupan sebagai seorang yang dewasa, ada 2 benda yang aku tak boleh gagal ..

1. Perkahwinan
2. Pekerjaan

Kalau aku gagal salah satu dari dua perkara ini...maka seluruh hidup ku telah gagal...

Aku memerlukan isteri dalam perkahwinan untuk menemani diri sebagai rakan dan sahabat yang sama-sama berkongsi susah dan senang hidup ini.Teman ketawa senang dicari, sahabat tika menangis pengalaman mengajar aku untuk hanya bergantung pada tuhan dan diri sendiri sahaja. Kesetiaan dalam perkahwinan amatlah penting kerana ia menyatukan hati-hati yang berbeza menjadi satu

Kebahagian dalam Perkahwinan juga ditentukan oleh perkerjaan, kerana ianya menjamin kualiti hidup aku. Tidak lah aku terlalu papa sehingga boleh menyebabkan aku kufur, dan sekiranya aku kaya , jangan lah juga aku kufur. Hidup yang hanya berorientasikan pekerjaan juga bukan pilihan ku, aku mahu kerja yang bukan sahaja memberikan aku wang sumber pendapatan tetapi juga memberikan aku masa bersama keluarga dan rakan-rakan.