Bagi aku, dalam kehidupan sebagai seorang yang dewasa, ada 2 benda yang aku tak boleh gagal ..
1. Perkahwinan
2. Pekerjaan
Kalau aku gagal salah satu dari dua perkara ini...maka seluruh hidup ku telah gagal...
Aku memerlukan isteri dalam perkahwinan untuk menemani diri sebagai
rakan dan sahabat yang sama-sama berkongsi susah dan senang hidup
ini.Teman ketawa senang dicari, sahabat tika menangis pengalaman
mengajar aku untuk hanya bergantung pada tuhan dan diri sendiri sahaja.
Kesetiaan dalam perkahwinan amatlah penting kerana ia menyatukan
hati-hati yang berbeza menjadi satu
Kebahagian dalam Perkahwinan juga ditentukan oleh perkerjaan, kerana
ianya menjamin kualiti hidup aku. Tidak lah aku terlalu papa sehingga
boleh menyebabkan aku kufur, dan sekiranya aku kaya , jangan lah juga
aku kufur. Hidup yang hanya berorientasikan pekerjaan juga bukan pilihan
ku, aku mahu kerja yang bukan sahaja memberikan aku wang sumber
pendapatan tetapi juga memberikan aku masa bersama keluarga dan
rakan-rakan.