Semua kita tentu mengenali Umar Abdul Aziz, Khalifah Bani Umaiyah yang kelima dan terkenal itu. Walaubagaimanapun kita agak kurang mengenali anak beliau yang bernama Abdul Malik bin Umar Bin Abdul Aziz. Secara ringkas, beliau merupakan anak yang sangat disayangi oleh Khalifah dan dikatakan kerana beliaulah Khalifah menjadi lebih zuhud dan bertanggungjawap.
Sebelum itu kita kembali secara ringkas kepada waktu dimana Umar Abdul Aziz selepas dilantik menjadi Khalifah. Selepas sahaja beliau dilantik menjadi khalifah dalam satu majlis selepas kematian Sulaiman Abdul Malik, beliau hendak balik ke rumah, tatkala itu dia terdengar bunyi kenderaan berkuda yang hebat dan kuat dibawa kepadanya dan disamping itu sejumlah pengawal-pengawal dan tentera-tentera datang mengelilingi beliau , maklumlah beliau merupakan Amirul Mukminin yang memerintah ¼ dunia pada waktu itu.
Lantas Umar Abdul Aziz berkata, \'apakah yang kamu bawa kepada aku ini? \'. Mereka berkata\' ini adalah kenderaan khalifah\'. Maka Umar Abdul Aziz berkata\' aku adalah salah seorang dari kamu iaitu kaum muslimin, pulangkan kenderaan itu ke Baitulmal, begitu juga kamu tentera-tentera, kamu pergilah bekerja dengan tentera kerajaan jika kamu mahu bekerja, jika tidak, kamu juga boleh ambil cuti\'. Lantas beliau menaiki baghal sebagai kenderaan dan balik ke rumah.
Setibanya beliau dirumah, beliau hendak berehat setelah letih menguruskan jenazah mantan khalifah iaitu bapa saudara beliau sendiri. Semasa itulah Abdul Malik(anak beliau) menegurnya dan bertanya \' Kemana ayah hendak pergi? \'. Lantas ayahnya berkata \'ayah letih, hendak berehat sebentar sebelum masuk waktu Zuhur\'. Lantas anaknya bertanya \'kenapa ayah tidak memulakan kerja dan mengembalikan hak-hak orang yang terinaya? \'. Umar pun berkata\' bagilah ayah berehat dahulu\'. Maka anaknya berkata \'Siapakah yang menjamin ayah akan hidup selepas ini dan apabila nanti hak-hak ini dituntut disisi Allah? \' Maka lantas Umar Abdul Aziz bangun dan mencium antara kedua kening anaknya dan berkata \' Segala puji bagi Allah yang mengurniakan aku Abdul Malik !\'.
Dikatakan anaknya yang ini mengheretnya kealam kezuhudan. Abdul Malik dihantar ke sempadan iaitu hampir-hampir dekat dengan tentera untuk melihat aktiviti –aktiviti tentera dalam membuka wilayah yang baru. Umar Abdul Aziz sangat sayang kepada anaknya ini.
Suatu hari terdengar ditelinga Umar abdul Azizi mengenai anaknya itu yang dikatakan ada sedikit \'ego\' dan ini menyebabkan beliau tidak merasa selesa. Lantas memanggil orang kanannya iaitu Maimun Bin Mahram lantas berkata \' Wahai Maimun, anakku ini telah menghiasi mataku (maksudnya segala-gala mengenai anaknya indah baginya), aku bimbang kecintaanku kepadanya membuatkan aku tidak dapat melihat kecacatannya, maka engkau pergilah jumpa dengannya, kerana orang kata dia ada sifat sombong\'.
Maka Maimun pun pergi kesempadan iaitu tempat anaknya tinggal, apa yang Maimun nampak apabila berjumpa dengan Abdul Malik ialah seorang pemuda yanag sangat tacap, sangat berakhlak dan sangat beradap. Tempat tidurnya sangat sederhana(tikar sahaja). Maimun bertanya \' dimanakah kau mengambil makanan setiap hari? \'. Abdul Malik menjawap \' Alhamdulliah makanan halal, aku bekerja diatas tanah bapa saudaraku setiap hari\'. Kemudian Abdul Malik menyatakan kebimbangan terhadap ayahnya iaitu \' aku bimbang kecintaan bapaku kepadaku menyebabkan beliau tidak dapat melihat kecacatanku! \'. Maka bertambah lagilah kekaguman Maimun kepada Abdul Malik kerana bapanya menyatakan perkara yang sama sebelum beliau datang ke sini.
Kemudiannya, samasa Maimun duduk sebentar disitu, tiba-tiba datanglah \'tokey\' tempat mandi awam (hammam- tempat mandi air panas – zaman tersebut tiada heater semasa musim sejuk) lantas memberi kunci kepada anak Umar Abdul Aziz. Lalu Maimun bertanya \' untuk apakah ini? \'. Maka Abul Malik menjawap, \'aku hendak mandi\'. Disamping itu juga \'tokey\' itu berkata \'kau pergilah mandi sekarang, aku telah mengeluarkan semua orang ramai dari tempat mandian tersebut\'.
Mendengarnya perkataan itu, Maimun berkata \'aku sangat mengkagumimu sehiggalah tadi , sebab apakah kau mengeluarkan semua orang ramai dari tempat mandian itu, kau sombong? \'. Abdul Aziz berkata \' saya tak sombong tapi saya sudah bayar kepada tuannya dengan kadar untuk semua orang\'. Lantas Maimun berkata \' kau membazir? \'. Anak Umar Abdul Azizi berkata \'saya bukan membazir, tetapi mereka ini orang kampong, kebiasaannya kadang-kadang mereka tidak menjaga aurat, susah saya, kalau ditegur, mereka kata saya sombong dan sebagainya. Jadi kan elok saya membayar untuk menjadikannya hanya saya sahaja mandi ditempat ini\'. \'Kau sombong !\' kata Maimun, \'kenapa kau sabar sahaja dan menunggu hingga mereka semua keluar, penghujungya baru kamu mandi, kenapa perlu membazir? \'.
Anak Umar Abdul Aziz pun berkata \' aku berjanji aku tidak akan membuatnya lagi kalau itu tanda ornag yang sombong \'. Kemudianya Maimun berkata \' macamana aku hendak melapurkan kepada bapa engkau ? \' ( Maimun ingin menguji lagi anak Umar Abdul Aziz). Lantas Abdul Malik berkata \' kau kata kepada ayahku, engkau ada melihat perkara yang kurang elok padaku, dan engkau telah menasihatku dan aku telah beristifar dan menginsafinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi\'. \'Bagaimana pula jika ayah engkau bertanya apakah perkara tidak elok itu? \'. Lantas anak Umar Abdul Aziz berkata \'TIDAK!\', ‘Ayahku tidak akan bertanya sebab ayahku pun tahu Allah tidak menyuruh membuka aib orang\'. Tambahnya lagi \' Ayahku tidak akan bertanya aib orang termasuklah aib anaknya kerana ianya bukanlah keperluan\'. Maimun berkata didalam hatinya \' aku kagum kepada bapa dan anak yang kedua-duanya taat kepada Allah dan Rasulnya\'.
Begitulah sedikit coretan mengenai akhlak Umar dan anaknya, semoga ianya bermanafaat. Maka dapat disimpulkan bahawa:
1. Kita tidak boleh mendedahkah aib orang ( lebih kepada peribadi)
2. Kita boleh mendedahkan aib orang pada kadar-kadar tertentu sekiranya melibatkan hak-hak orang awam yang mana kalau dibiarkan akan merosakkan masyarakat awam ( contoh rasuah , mencuri dan sebagainya)
No comments:
Post a Comment