Dalam pergaulan seharian, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari keterlanjuran dalam percakapan, perbuatan atau tingkah laku yang boleh membangkitkan perasaan marah terhadap orang lain. Oleh yang demikian, sebagai Muslim asas pergaulan mesti wujud dengan berlandaskan kesabaran. Ketika ini menahan diri dari marah dan memberi kemaafan pada orang mesti diamalkan sepertimana firman Allah:
‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan’. (Surah Ali Imran: 134)
Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu’. (Riwayat At-Tarmizi)
Jelas dari hadis di atas bahawa orang yang dapat menahan dirinya dari mengikut nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap peristiwa yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah anugerahkannya dengan satu kelebihan untuk memilih syurga serta diberi keutamaan sama seperti orang-orang yang mati syahid. (Rujuk Al-Mubarakfuri. 1965, hlm. 166)
No comments:
Post a Comment