Sunday, September 23, 2012

Rezeki

Rezeki itu dari tuhan...tetapi sejauh mana kah kita bersyukur dengan apa yang diberikan kepada kita?
Pernah ker kita merasa cukup dengan apa yang kita ada? atau we keep wanting for more and more...


Ibnu Az-Zubair pernah berkhutbah di Mekah, dengan menyatakan: "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Nabi SAW pernah bersabda: Seandainya manusia diberikan lembah yang dipenuhi dengan emas, maka dia masih menginginkan lembah yang kedua seumpama itu. Jika diberikan lembah kedua, dia akan masih menginginkan lembah yang ketiga. Perut manusia tidaklah akan penuh melainkan dengan tanah. Allah tentu menerima taubat bagi sesiapa sahaja yang bertaubat. (riwayat al-Bukhari)

Adakah dalam diri kita ini selalu ada rasa cukup? bersyukur dengan yang banyak... cukup dengan yang kurang...Kadang aku hairan orang yang punya wang tidak seberapa tapi boleh memberi makan pulohan anak-anak yatim ... Aku hairan orang yang gajinya kecil tapi mampu menampung dan memberi makan anak-anaknya yang ramai...Aku hairan orang yang kais pagi makan pagi , kais petang makan petang mampu tersenyum riang tanpa perlu gusar akan rezekinya untuk hari esok.


Rasulullah SAW juga bersabda: “Qanaah itu adalah harta yang tak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.” – Hadis riwayat Thabrani dari Jabir.

Dari segi definisi, qanaah bermaksud "perasaan yg sentiasa tenang dalam semua keadaan".qana'ah ialah sifat berasa cukup dan puashati dgn kurnian Allah, walau apapun pandangan manusia. Terdapat sifat sabar, reda dan taat.Dengan adanya sifat ini, hati kita akan sentiasa tenang dan rasa reda kepada Allah. Kalau Allah kurniakan permintaan kita, kita berasa SYUKUR. Sebaliknya jika Allah tidak kurniakan permintaan kita, maka rasa REDA kpd Allah kerana Dialah Allah sekelian alam yg Maha Mengetahui akan segala sesuatu.

Sejauh mana wujudnya rasa qana'ah ini di dalam diri kita? Tepuk dada tanya iman.... kita mempunyai perkerjaan, mempunyai wang... mempunyai harta , kadang masih juga mengeluh dengan apa yang kita ada,
Adakah kita lupa ada berapa ramai lagi diluar sana yang masih menganggur..masih tidak mempunyai sebarang pekerjaan? , adakah kita lupa ada berapa ramai lagi mereka yang diluar sana yang masih hidup merempat..tidak mempunyai wang untuk makan dan tiada tempat tinggal?... di tahap manakah sifat qana'ah ini ada di dalam diri kita?

 Dari Abu Hurairah RA sabda Nabi SAW:
"Bukan kekayaan sebenar kerana memiliki harta benda yang banyak , akan tetapi kekayaan itu ialah kaya hati dan jiwa" (Muttafakunalaih)

 Allah s.w.t. berfirman "Wahai jiwa yang tenang tenteram! kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai, maka masuklah kedalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah kedalam syurgaku" (Surah Al-Fajr:27-30)


Adakah kita ini dikalangan mereka-mereka yang "Jiwa Nya Tenang "  :)

No comments: