Thursday, November 15, 2012

Sinar Yang Hilang

Sinar mentari telah lama hilang,
Kini hari diselubungi malam yang kelam
Di dalam kelam tiada pedoman
Gelap gelita tidak bersuluh laluan

Kelamnya malam gelap gelita
Dunia pudar tiada berita
Dihadapan tak nampak, disentuh tiada
Teraba-raba umpama buta

Ku tunggu sinar, ku tunggu jua
Sedangkan sinar tidak kunjung tiba
Ramai tertanya benarkah adanya ia
Kerana ramai yang tidak pernah berjumpa

Malam yang kelam ada cahaya
Unggun api indah sekali
Ramai berkerumun terlupa diri
Terpesona, lupa pada mentari

Kata mereka api inilah yang dicari
Tapi terangnya malap sekali
Di mana sinar, sinar mentari
Yang menerangi sebelum ini

Hanya api lah yang ada kini
Menerangi malam setiap situasi
Hanya api lah yang dikagumi
Kerana menganggapnya pedoman hari.

Dikala aku terdampar disini
Mengharap esok yang berseri
Bilakah kan datang sang mentari
Untuk memadam terang sang api

Masihkah ada esok untuk kami
Lama sungguh menunggu disini
Tidak berjumpa dengan hakiki
Lama mengelamun didalam mimpi

Datanglah mentari menerangi hari
Menerangi hari menerangi diri
Menyembuh hati yang telah mati
Bagai seorang ku rasa disini


2.00 a.m. 16 November 2012

dimanakah mentari? atau yang ada hanyalah begini....       

No comments: