Saturday, November 26, 2022

I Am Dying..

 Lama tak update blog...malam ni rasa nak menulis...lebih suka menulis di blog sebab di sini aku tidak berapa di kenali..

Kesihatan ku makin merosot...paras gula yang tak stabil ..selalu turun naik..menyebabkan badan ku jadi lesu...sendi ku jadi sakit-sakit... Hampir 20 tahun mengidap diabetes...banyak simpton yang telah ku rasai akibat dari diabetes...

Kesemua rakan-rakan karib di pejabat lama ku yang mengidap diabetes telah meninggal dunia...arwah abang lan, joli, wazir dan hairi..telah meninggalkan kami..tinggal diri ku yang terus bertahan...pelbagai supplement ..vitamin ...ubat-ubatan aku ambil untuk kelangsungan hidup...

 Aku semakin tidak bermaya...badan semakin letih dan selalu mengantuk , di hari cuti aku luangkan masa ku dengan tidur kerana kelesuan..malangnya apabila bangkit dari tidur lesu itu tidak hilang. Segala supplement dan ubat-ubatan yang aku ambil kini seperti tidak berkesan.

I'm dying... itu yang terlintas di fikiran ku.



 




No comments: