Sunday, March 18, 2012

Menahan Marah

Dalam pergaulan seharian, kita sebagai manusia biasa tidak dapat lari dari keterlanjuran dalam percakapan, perbuatan atau tingkah laku yang boleh membangkitkan perasaan marah terhadap orang lain. Oleh yang demikian, sebagai Muslim asas pergaulan mesti wujud dengan berlandaskan kesabaran. Ketika ini menahan diri dari marah dan memberi kemaafan pada orang mesti diamalkan sepertimana firman Allah:

‘Dan orang-orang yang sabar menahan diri dari marah serta orang yang memberi kemaafan terhadap orang lain. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang suka membuat kebaikan’. (Surah Ali Imran: 134)

Menahan kemarahan atau sabar adalah sesuatu yang penting dalam hidup, kerana marah sangat bahaya dalam kehidupan seseorang. Sebab itulah Allah menjanjikan ganjaran yang sangat besar kepada sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

‘Sesiapa yang dapat menahan dari kemarahan dan dia boleh menghilangkannya, di hari kiamat kelak Allah memberi keutamaan dari makhluk-makhluk lain untuk dia memilih mana-mana pintu syurga yang dia mahu’. (Riwayat At-Tarmizi)

Jelas dari hadis di atas bahawa orang yang dapat menahan dirinya dari mengikut nafsu marah dengan melenyapkan segala rasa dendam dari setiap peristiwa yang berlaku akan mendapat balasan di akhirat kelak, iaitu Allah anugerahkannya dengan satu kelebihan untuk memilih syurga serta diberi keutamaan sama seperti orang-orang yang mati syahid. (Rujuk Al-Mubarakfuri. 1965, hlm. 166)

Tuesday, March 13, 2012

Tafsir Tasawuf (Sufi): Surah An-Nur ayat 35 - 38

Maksud ayat:
“Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahka untuk dimulakan dan disebut namanya di dalamnya, pada waktu pagi dan pada waktu petang, lelaki yang tida dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula oleh jual beli dari mengingati Allah dan dari mendirikan solat dan dari membayar zakat. Mereka takut pada suatu hari (yang dihari itu) Hati dan penglihatan menjadi goncang. Mereka yang mengerjaka demikian itu supaya Allah memberikan balsan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan, dan supaya Allah menambahkan kurnianya kepada mereka. Dan Allah memberi rezeki pada siapa yang dikehendakinya.” (An-Nur: 35-38)

1.1. Hakikat Cahaya
Kejelasan, penafsiran dan pengertian ayat misykat memberi bantuan yang amat besar dalam memahami persoalan hati dan perjalanan suluk.

Pada ayat pertama, komposisi atau komponen manusia diumpamakan dengan lubang yang tidak tembus dengan pelita dan kaca. Misykat adalah suatu lubang di dinding yang tidak tembus ke sebelahnya. Pelita sama dengan lampu, dan kaca adalah dinding yang menghimpun dan melingkupi pelita yang menerangi.

Perumpamaan ketiga-tiga komponen ini adalah perumpamaan dari manusia yang beriman yang padanya ada jasadnya, hatinya dan cahaya yang ada di dalam hati. Jasad diumpamakan dengan misykat, hati diumpamakan dengan kaca dan cahaya diumpamakan dengan pelita yang ada dalam kaca.

“Allah cahaya langit dan bumi”

Bermaksud; Dia adalah pemberi petunjuk (cahaya) kepada langit dan bumi; di mana tiada petunjuk di langit dan di bumi tanpa cahaya-Nya. Selanjutnya Allah mengumpamakan petunjuk-Nya sebahagian petunjuk bagi orang mukmin. Hidayah ditamsilkan dengan perumpamaan-perumpamaan, kebesaran dan kemuliaan hidayah-Nya menjadi jelas.

Jadi, misykat adalah jasad orang mukmin yang melingkupi hatinya, kaca ialah hati orang mukmin yang melingkupi cahaya hati yang merupakan petunjuk dari penunjuk bagi orang mukmin itu sendiri, sehingga dia mampu melihat hakikat segala sesuatu yang berjalan di atas hidayah dari Tuhannya dengan cahaya tersebut. Ini adalah Tahap Pertama dalam perumpamaan.

Tahap perumpamaan kedua ialah kaca yang melingkupi pelita atau hati yang melingkupi cahaya dan kebenderangan cahaya yang sangat cemerlang diumpamakan dengan bintang yang menerangi, di mana bintang itu diserupakan dengan mutiara kerana sangat cemerlangnya cahaya bintang tersebut.

Kita perhatikan di sini, perbincangan tentang kaca dan semua pelitanya atau tentang hati dan cahayanya, seluruhnya diumpamakan dengan bintang yang mutiara (al-Kaukub ad-Durriy) sehingga pelita itu mampu bersinar. Demikian pula kacanya, ia bersinar kerana cemerlang dan putih bersih.

Perumpamaan Tahap Ketiga ialah pelita ada dalam kaca, dari mana dan dengan apa kaca itu dinyalakan? Dari mana cahaya itu didapati? Bagaimana kecahayaan (nuraniyah) mampu berlangsung? Dengan ungkapan lain, cahaya itu ada di dalam hati, dari mana hati itu memperoleh nuraniah? Bentuk pertolongan bagaimana yang yang diberikan kepada hati atau yang diperolehinya hingga ia bernuraniah? Apa yang menimbulkan cahaya rohani tersebut?

Allah SWT berfirman yang dinyalakan, maksudnya yang dinyalakan adalah pelita yang ada dalam kaca atau cahaya yang ada dalam hati orang mukmin dinyalakan, “dengan minyak yang dari pohon yang banyak berkatnya atau yang banyak manfaatnya. Iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya”. Sedangkan Zaitun ialah syariat Allah.

Menurut Ibnu Katsir, kejernihan, sinar atau nuraniah yang ada dalam diri seorang mukmin diumpamakan seperti dinding kaca yang jernih lagi murni seperti permata, sedangkan al-Qurán dan syariát diumpamakan seperti minyak jernih, baik, bercahaya dan seimbang tanpa ada sedikit pun keruh.

Perumpamaan terhadap keempat pohon yang penuh berkah merupakan sumber dari cahaya hati, adalah syariat Allah yang penuh manfaat, yang merupakan sumbe dari cahaya kalbu. Dari situlah kalbu mengambil cahaya. Berapa kadar besar minyaknya? Allah befirman:

“Yang minyaknya sahaja hampir-hampir menerangi walaupun tidak disentuh api”

Minyak itu dinyatakan jernih dan bercahaya, kata an-Nasafi kerana kilaunya hampir-hampir bersinar tanpa ada api atau tanpa dinyalakan api. Kadar besar nuraniah syariat yang memberi cahaya pada hati? Dan betapa besar cahaya hati yang diperoleh dari sinaran cahaya syariat?

Demikianlah adanya, dan kerana itulah Allah berfirman:

“Cahaya di atas cahaya”

Ini adalah perumpamaan tahap kelima. Cahaya yang diumpamakan kebenaran itu, kata an-Nasafi, seperti yang bersatu yang berlapis-lapis yang mana di dalamnya terjadi interaksi antara (cahaya) misykat, pelita dan minyak. Sehingga tidak ada satupun yang tinggal untuk memperkuat benderangnya cahaya, kerana pelita yang ada di dalam tempat yang sempit menyerupai lubang yang tidak tembus, di mana ia mampu menghimpun dan memadukan seluruh cahaya. Hal ini berbeza seandainya di tempat yang luas, maka sinar cahayanya akan tersebar dan berserakan. Sedangkan (dinding) kaca merupakan suatu yang paling banyak menambah penerangan, demikian juga dengan minyak dan kebenderangannya.

Menurut Ibnu Katsir’As-Saddi yang pernah berkata tentang firman Allah tersebut, cahaya di atas cahaya adalah cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu akan memancarkan sinar, dan yang satu tidak akan memancarkan cahaya yang lain. Demikian pula cahaya al-Qurán dan cahaya iman bersatu padu.

Dengan demikian, perumpamaan yang Allah buat untuk menerangkan kebebasan hidayahNya telah sempurna, dan dari penjelasan tentang perumpamaan tersebut, kita tahu bahawa penunaian syariat Allah lah yang mampu memberikan cahaya iman yang abadi.

Selain itu, berdasarkan pendapat Ibnu katsir’As-Saddi juga, cahaya api dan cahaya minyak bila bersatu padu memancarkan sinar, dan tidak akan bersinar satu di antaranya tanpa yang lain. Demikian juga cahaya al-Qurán dan cahaya iman ketika bersatu padu, dan satu di antaranya tidak akan memancarkan cahaya tanpa yang lain.

Di sini, kita sudah mulai memahami bahawa kewujudan kandungan al-Qurán merupakan makanan yang kekal bagi kalbu, sebab dengan al-Qurán pelita hati akan tetap menyala terang dan akan tetap memperolehi petunjuk. Bertambahnya perpaduan cahaya hati dan pancarannya bergantung kepada kadar penunaian seseoang terhadap kandungan al-Qurán dan misykat atau jasad akan memantulkan cahaya ini sehingga jalan baginya menjadi terang dan juga bagi yang lain.

“Allah membimbing kepada cahaya-Nya kepada siapa yang dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”

Maksudnya Allah membimbing kepada cahaya syariat-Nya atau Allah memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki dari ahli Iman sehingga mereka memperolehinya dan mengikuti petunjuk yang diberikan kepada mereka.

Ayat berikutnya menjelaskan tentang tempat mereka yang hatinya dipenuhi cahaya dan hidayah:

“Di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya.”

Ketika menerangkan ayat misykat (lubang yang tidak tembus) yang terdapat di sebahagian rumah Allah, iaitu masjid, an-Nasafi mengulas bahawa Misykat adalah jasad orang mukmin yang hatinya adalah mencintai masjid. Dapat disimpulkan bahawa titik tolak kepada pendidikan keimanan yang tinggi adalah masjid dengan cara menyucikan diri di dalam masjid pada waktu pagi dan pada waktu petang dengan melaksanakan solat di dalamnya. Ini adalah kerana mereka adalah lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak pula dari jual beli dari mengingat Allah, dari mendirikan solat, dan dari membayar zakat. Mereka takut pada satu hari (yang di hari itu) hati penglihatan menjadi goncang.

sumber :
http://hasanhusein.blogspot.com/2008/10/tafsir-tasawuf-sufi-surah-nur-ayat-35.html

Monday, March 12, 2012

Susahnya Nak Jaga Hati

Sabda Nabi s.a.w
"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! Iaitulah kalbu (hati)."

Hati umpama raja kepada anggota badan kita, sesungguhnya anggota badan itu adalah pengikut, pelayan dan alat yang dipergunakan oleh hati. Dan dipakainya anggota badan itu oleh hati seumpama tuannya memakai hambanya.

Dalam menyusuri kehidupan seharian kadang wujud perasaan riak, takabbur , hasad , dengki dan benci antara kita sesama manusia yang membuatkan hati menjadi kelam dan kotor. Terpalitnya sifat-sifat mazmumah ini mengembalikan kita kepada perangai-perangai jahiliyah yang hina dan keji.

Betapa besarnya peranan hati didalam agama apabila setiap ibadah yang ingin kita lakukan mestilah bermula dengan Niat, dan niat itu daripada hati. Jika niat itu dari hati yang kelam, maka sia-sialah ibadah itu. Berapa banyak ibadah dan amalan kebaikan yang kita lakukan sehari-harian yang rupa-rupanya hanya kosong apabila kembali kehadapan Allah.

Surah An-Nur ayat 35
Maksud ayat:
“Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Ya, aku insan berdosa, tidak maksum, penuh silap dan salah, maafkan diri ku

Saturday, March 10, 2012

Seeing Imperfections as Perfections

Kita semua hanyalah manusia yang tidak lari dari kesilapan. Dalam setiap tindak tanduk dan laku kita , kita mengejar kepada kejayaan .... kesempurnaan.... Ketidak sempurnaan biasanya dilihat sebagai suatu kegagalan, sesuatu yang menyakitkan dan dibenci.

Tetapi, bolehkah kita lari dari kegagalan? Tidak... Ya, kita tahu jawapan nya.... selagi kita bergelar makhluk, kita bukanlah sempurna dan tidak boleh lari dari membuat silap, kita sering gagal.....kita tidak sempurna.

Tetapi berupayakah kita untuk melihat ketidak sempurnaan itu sebagai suatu kesempurnaan? Pelik bunyinya kan?.

Melihat ketidak sempurnaan sebagai kesempurnaan itu amat penting dalam membangunkan hubungan muhibbah dan harmoni sesama manusia....serta membuat seseorang itu tidak putus asa dalam usahanya, dan sekiranya mereka itu merupakan pasangan suami dan isteri ia akan menyerlahkan lagi cinta sesama mereka.

Allahualam...

p/s Thomas Alva Edison : "I do not fail in my experiments, I just do not find the right tungsten yet"

Wednesday, February 22, 2012

EASY STEEL PORTAL FRAME TO BS5950

EASY STEEL PORTAL FRAME
TO BS5950

A Simple and Easy to use Steel Portal Frame Design Software!!!
Selling Price : USD 300. 00 Only
for further information contact hotakkau16@hotmail.com
JALI Software (c) 1995-2012
 Screen Shots : -



Download
EasyPortalFrame.zip Easy Steel Portal Frame To BS5950

Saturday, January 14, 2012

Rahmat Anak

Tak der idea sebenarnya nak update blog... hmmm ... Tadi, baru lepas keluar makan malam ngan wife and her office mates, suka tengok anak kawan wife aku yang comel-comel...cute sangat.... beruntung dia dikurniakan anak-anak yang comel-comel, semoga anak-anak yang diberikan menjadi rahmat buat kita, menjadi seorang yang soleh dan solehah apabila besar nanti... amin

Setiap insan yang berkahwin mesti mahu dianugerahkan rahmat ini, tapi tidak semua yang kita kehendaki itu akan kita perolehi...kadang kita kena redha dan pasrah dengan ketentuan tuhan, Bersyukur dengan apa yang kita ada dan redha dengan ujian yang diberikan. Memang senang mengucapkan kata-kata, tapi bila hendak menerima hakikat umpama mengenggam bara api...

Kita tidak akan merasai sesuatu yang kita ada itu amat berharga setelah kita kehilangannya, Hargailah ia sebelum kita kehilangannya...

Banyak, ia banyak rahmat yang diberikan tuhan kepada kita, samaada kita sedar atau pun tidak.

Yang berkahwin
, kadang menyesali dengan perkahwinan mereka...sedangkan kita lupa ada berapa ramai gadis dan lelaki di luar sana yang belum bertemu jodoh mereka dan masih tercari-cari sehingga ke penghujung usia.
Yang punya anak , kadang sedih dengan anak yang ada pada mereka ...sehingga ada yang sanggup mengabaikan dan membuang anak mereka..sedangkan kita lupa , ada berapa ramai pasangan berkahwin yang merintih, berdoa dan berusaha untuk rahmat ini.
Yang berkerja , sering merungut dengan pekerjaan mereka, sedangkan kita lupa ada mereka yang diluar sana yang hidupnya kais pagi makan pagi untuk sesuap nasi, hidup mereka tidak sesempurna kita.

Kadang kita terlalu menginginkan apa yang kita tidak dapat, sampai kita lupa akan perkara yang telah banyak kita dapat, telah diberikan tuhan kepada kita.

Tetapi sekiranya kita, setelah berusaha dengan gigih dan mencuba sedaya upaya, tetap tidak berjaya, tetap tidak mendapatkan apa yang kita mahu, maka redha adalah jawapan kepada Allah SWT. Begitulah juga apabila kita ditimpa kelemahan, kerosakan, bencana. Kerana akhirnya, kita sebagai hambaNya tidak mengetahui apa-apa. Allah jualah yang mengetahui apa yang baik atau buruk bagi kita.

“Diwajibkan ke atas kamu berperang dan itu bukanlah disukai kamu. Tetapi boleh jadi apa yang kamu benci itu baik buat kamu. Dan boleh jadi apa yang kamu sukai itu buruk bagi kamu. Dan Allah Maha Mengetahui, manakala kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

Persoalannya, adakah aku ini seorang insan yang bersyukur?

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Wednesday, January 4, 2012

A Simple Hex Editor - Qbasic / FreeBASIC / QB64


This is A Simple Hex Editor I found on the net . This Editor reads one Character at a time (byte per byte),This method is really slow, specially with big files and not that efficient but still good for beginners in understanding the idea and concept

Source code can be found below :-

INPUT "Enter BINARY File's Name -->", Name$
OPEN Name$ FOR BINARY AS #1
DIM Size AS LONG: Size = LOF(1)
DIM CharNum AS LONG
CLS
DO
PRINT : PRINT "Menu - Last byte is currently"; Size
PRINT " 1) Read hex"
PRINT " 2) Write hex"
PRINT " 3) Finished"
SELECT CASE INPUT$(1)
CASE "1": GOSUB Read1
CASE "2": GOSUB Write1
CASE "3": EXIT DO
CASE ELSE: PRINT "GOOF use 1 2 3 only"
END SELECT
LOOP
CLOSE #1
SYSTEM

DIM TheChar AS STRING * 1
DIM TheHex AS STRING * 2


Read1:
INPUT "Character Number"; CharNum
IF CharNum < 1 THEN PRINT "Too little": RETURN
IF CharNum > Size THEN PRINT "Too big": RETURN
GET #1, CharNum, TheChar
TheHex = UCASE$(HEX$(ASC(TheChar)))
PRINT "Value is "; TheHex
RETURN


Write1:
INPUT "Character Number"; CharNum
IF CharNum < 1 THEN PRINT "Too little": RETURN

IF CharNum > Size + 1 THEN PRINT "Too big": RETURN
LINE INPUT "Value: "; TheHex
TheHex = UCASE$(TheHex)
IF LEN(TheHex) <> 2 THEN PRINT "Need two chars such as 3F": RETURN
DIM w1 AS INTEGER, W2 AS INTEGER
w1 = INSTR("0123456789ABCDEF", LEFT$(TheHex, 1))
IF w1 = 0 THEN PRINT "Use 0-F only": RETURN
W2 = (w1 - 1) * 16
w1 = INSTR("0123456789ABCDEF", RIGHT$(TheHex, 1))
IF w1 = 0 THEN PRINT "Use 0-F only": RETURN
W2 = W2 + w1 - 1
TheChar = CHR$(W2)
PUT #1, CharNum, TheChar
Size = LOF(1)
PRINT "Done"
RETURN